02/05/2013

Nizar Jamaluddin Cemas, Sokongan Pengundi Parlimen Bukit Gantang Berpihak Kepada BN


Image

PENGUNDI di kawasan Parlimen Bukit Gantang telah menunjukkan satu kelainan iaitu menyokong kepada parti Barisan Nasional (BN), kata calon BN kerusi N.14 Changkat Jering, Datuk Rosli Husin.

Menurutnya, beliau penuh yakin, pada kali ini sokongan kaum India terhadap BN boleh mencapai sehingga 70 peratus.

"Hasil daripada program turun padang yang telah dibuat untuk bertemu dengan pengundi, kita dapat lihat bahawa rata-rata pengundi menyatakan puas hati mereka terhadap BN.

"Saya yakin, mereka akan menyokong BN," katanya kepada pemberita di Changkat Jering, hari ini.

Ketika ditanya tentang lawan beliau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau berkata Nizar kini berada dalam keadaan cemas.

"Ramai di kalangan pengundi yang ditemui telah berpihak kepada BN. Ada di antaranya yang dahulunya menyokong PAS dan juga PKR, tetapi hari ini telah mula menyokong BN.

"Sehinggakan beliau (Nizar) terpaksa membuat ceramah-ceramah di dalam masjid dan surau walaupun tanpa diundang.

"Ini memang dia punya sifat. Tetapi kita penuh yakin bahawa pengundi-pengundi dalam Parlimen Bukit Gantang ini telah mengenali siapa sebenarnya Nizar Jamaluddin.

"Sejak menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang, rakyat pun tidak tahu di mana pejabat beliau dan tidak ada rumah beliau di kawasan Bukit Gantang.

"Jadi, beliau gagal melaksanakan tanggungjawap beliau sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Dengan ini memudahkan bagi kita berkempen, bahawa Nizar Jamaluddin adalah seorang yang suka menipu.

"Dia (Nizar) hanya buat untuk kepentingan dirinya sahaja," katanya.

No comments:

Post a Comment