03/05/2013

BN Sebuah Kerajaan Yang Mempunyai Perancangan Konsisten Untuk Rakyat


Image

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai perancangan konsisten untuk masa hadapan dan bukannya kerajaan yang hanya datang ketika pilihan raya semata-mata.


Calon Barisan Nasional (BN) N.47 Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, Kerajaan BN bukan seperti pihak pembangkang yang datang hanya menabur janji manis tetapi segala janji tersebut tidak dapat ditunaikan seperti di empat buah negeri pembangkang.

"Walaupun mereka (pembangkang) menguasai empat negeri namun, segala janji yang ditaburkan sebelum ini gagal ditunaikan untuk rakyat.

"Janji-janji ini akhirnya akan memakan diri mereka dan rakyat juga akan mengalami masalah pada masa hadapan," katanya kepada pemberita di Ayer Kuning, dekat Tapah, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, salah satu langkah untuk memperkukuhkan institusi agama bagi kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah taman perumahan ialah pembinaan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR).

"SAR ini perlu diperkasakan sebab kita melihat pembangunan minda bukan sahaja pendidikan melalui akademik malahan ianya melibatkan agama dan sebagainya.

"Jadi dengan adanya peruntukan untuk menaik taraf SAR di Perumahan Awam 2 (Ayer Kuning) ini adalah petanda bahawa Kerajaan Negeri (Perak) amat peka dengan pendidikan agama untuk rakyat.

"Begitu juga dengan surau. Surau juga ialah tempat untuk perhimpunan dan tempat untuk menimba ilmu dalam pendidikan agama dan sebagainya.

"Dengan adanya dua perkara yang diperkatakan tadi, ianya adalah sebahagian besar untuk memperkasakan institusi agama khususnya di Ayer Kuning ini," katanya.

No comments:

Post a Comment