04/05/2013

Tiada Testimoni Baik Walaupun Perintah Empat Negeri


HusniHanadzlah



Pembangkang tidak mempunyai sebarang testimoni yang boleh dibanggakan walaupun mereka berpeluang melakukannya di empat buah negeri yang diperintah sejak lima tahun lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mereka hanya pandai menuduh Barisan Nasional gagal menguruskan negara sedangkan mereka sendiri gagal menguruskan negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
“Mereka mendapat dapat empat negeri selepas pilihan raya umum lalu, Kedah, Selangor, PP dan Kelantan, takkan mereka tiada sebarang idea nak perkenalkan inisiatif dan polisi baru. “Itu sebenarnya prospek terbaik untuk tawan Malaysia. Dia buat satu transformasi kerajaan atau ekonomi yang hebat, tiada sesiapa di dunia yang buat dan berjaya yang boleh ditunjukkan kepada dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan desa Pekan Chemor hari ini. Perpustakaan yang dinamakan sempena Datuk Seri Husni itu bernilai RM760,000 dan merupakan satu lagi kemudahan yang disediakan untuk rakyat di sekitar Chemor. Husni berkata, kerajaan pembangkang di empat buat negeri itu bukan sahaja tidak memperkenalkan sebarang inisiatif atau polisi baru, sebaliknya hanya mengikut polisi lama kerajaan BN dan bergantung kepada kerajaan persekutuan untuk membantu kewangan mereka.
Beliau memberi contoh kes air di Selangor menunjukkan satu lagi bukti kegagalan kerajaan negeri itu menguruskan negeri itu. “Itupun mereka masih mendakwa merekalah paling hebat,” tambah beliau. Menteri Kewangan II itu berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh mendabik dada dengan menuduh kerajaan BN gagal untuk menguruskan ekonomi negara kerana sejarah telah membuktikan beliaulah yang gagal menguruskan ekonomi negara ketika menjadi Menteri Kewangan. Beliau memberitahu, tindakan-tindakan Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan seperti menaikkan kadar faedah dari 8 – 12 % kepada 20 – 22 % dan mengurangkan tempoh NPL daripada 6 kepada 3 bulan telah menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian. “Sebenarnya, kita bernasib baik apabila Tun Dr Mahathir (Mohamad) campurtangan dan memecat beliau dan selepas itu kita berusaha untuk memulihkan semula ekonomi negara,” kata beliau.

sumber

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    ReplyDelete